Selepas tampil sebagai salah seorang pemain untuk pasukan bola sepak Korea Selatan di FIFA World Cup Qatar 2022, Cho Gue-sung memang tidak dinafikan semakin dikenali ramai kini.
BACA: ‘Flower Boy’ Baru Korea Selatan! Pemain Bola Sepak Cho Guesung Raih 2 Juta Pengikut Dek Piala Dunia
Terbaru pada siaran 10 Disember program “Hangout with Yoo”, Lee Mi-joo telah menyatakan minatnya terhadap bintang bola sepak Cho Gue-sung.
Khususnya ketika sedang berborak bersama Yoo Jae-suk, Park Jin-joo dan Shin Bong-sun, Lee Mi-joo tiba-tiba berkata,
Saya tidak tahu mengapa, tapi saya rasa saya akan bercinta dengan Cho Gue-sung pada masa hadapan.
Mendengar kenyataan Mi-joo itu, Yoo Jae-suk memberi respon,
Dia bebas untuk berfikir apa yang dia mahu.
Tidak menghiraukan apa yang dikatakan ahli lain, Lee Mi-joo turut meluahkan perasaannya ketika sedang menyanyikan lagu Lee Sun-hee “Where the Love Falls”.
Saya hanya memikirkan awak, Cho Gue-sung. Cho Gue-sung, sila kembali kepada saya.
Amboi, semua nak rebut Cho Gue-sung sekarang eh!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.