Ikuti Kami:

“Saya Akan Belajar..” – Lee Jehoon Dedah ‘Taxi Driver’ Akan Kembali Dengan Musim Ketiga?

“Saya Akan Belajar..” – Lee Jehoon Dedah ‘Taxi Driver’ Akan Kembali Dengan Musim Ketiga?

Tinggal lagi dua episod, “Taxi Driver 2” akan menamatkan tayangannya tak lama lagi.

Bagi yang belum tahu, “Taxi Driver” ialah sebuah drama pembalasan dendam di mana sekumpulan individu di bawah ‘Rainbow’ dan pemandu teksi Kim Do-gi (Lee Je-hoon) membalas dendam bagi pihak mangsa yang teraniaya.

Terbaru, SBS telah memuat naik video di sebalik tabir episod 13 dan 14 drama berkenaan, di saluran YouTube.

Dalam video tersebut, Lee Je-hoon dilihat sedang bersiap sedia untuk penggambaran adegan bermain golf, dari seorang pakar. Memakai peralatan yang tidak dikenali, pelakon lelaki itu berkata,

Ini adalah sarung tangan golf. Saya tidak pernah bermain golf sebelum ini.

Bagaimanapun, Lee Je-hoon tetap melakukan penggambaran untuk babak itu seperti seorang yang mahir, tanpa sebarang kejanggalan.

Tambah Lee Je-hoon dengan memberi petunjuk bahawa “Taxi Driver” akan kembali dengan musim ketiga,

Jika saya tahu ia akan menjadi seperti ini, saya akan berlatih golf. Saya akan mempelajarinya sebelum ‘Taxi Driver 2’ tamat dan sebelum ‘Taxi Driver 3’ bermula. Pada masa itu, saya akan cuba bermain golf dengan lebih cool.

sbs taxi driver

Omo! Korang nak tak musim ketiga?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...