Ikuti Kami:

“Saya Ada Terfikir..” – Dah 13 Tahun Dalam Industri, Suzy Akui Ingin Bersara?

“Saya Ada Terfikir..” – Dah 13 Tahun Dalam Industri, Suzy Akui Ingin Bersara?

Pastinya bukan mudah untuk seseorang kekal melakukan sesuatu yang sama dalam jangka masa yang lama kan?

Begitu juga dengan pelakon dan penyanyi Bae Suzy yang baru-baru ini ada meluahkan sama ada dia ada terfikir untuk bersara dari industri hiburan.

Kongsinya dalam satu temu bual,

Saya sentiasa memikirkannya. Rasanya saya melakukan yang terbaik setiap saat. Saya sentiasa berfikir bahawa saya boleh berhenti kerja ini dan pergi pada bila-bila masa jadi saya melakukannya dengan pemikiran bahawa kerja ini boleh menjadi kerja terakhir saya.

suzy

Sambung Suzy lagi,

Semakin saya melakukan setiap kerja, semakin saya rasa berharga. Sebaliknya ketika saya masih muda, saya fikir ini akan menjadi segala-galanya. Dalam ‘Doona!’ ada satu dialog menyatakan ‘Bagaimana saya tidak boleh menyanyi atau menari? Hidup tidak akan menjadi seronok’.

Luah Suzy,

Saya tidak mahu pekerjaan ini menjadi segala-galanya. Jadi saya rasa pemikiran untuk bersara itu akan datang secara semula jadi pada satu ketika nanti.

Mesti ramai yang akan rindu Suzy kalau dia dah bersara nanti kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...