Ikuti Kami:

“Dah Lama Saya Tak…” – Suzy Imbas Kembali Momen Ketika Aktif Sebagai Ahli miss A

“Dah Lama Saya Tak…” – Suzy Imbas Kembali Momen Ketika Aktif Sebagai Ahli miss A

Sebelum aktif menjadi pelakon, pasti ramai yang tahu bahawa Suzy juga merupakan penyanyi dan bekas ahli miss A.

Terbaru dalam satu video temu bual bersama Netflix, Suzy ada berkongsi sedikit sebanyak mengenai kemunculan semulanya sebagai idola dalam drama “Doona!”.

Dia berkata,

Pertama sekali, saya sangat seronok berlatih dan ini kali pertama saya menari setelah sekian lama. Sudah lama saya tidak bekerja dengan kumpulan dan ini juga kali pertama Ah-sung melakukan sesuatu seperti itu.

Kemudian, wanita itu turut mengimbau kembali dan menyatakan perbezaannya menjadi idola sebagai Doona dan ahli miss A,

Semasa saya aktif, saya mahu rambut saya terbang secara semula jadi, jadi saya tidak menggunakan penyembur rambut. Saya suka bila rambut terbang dan melekat pada muka saya.

suzy doona

Sambung Suzy lagi,

Tetapi kerana Doona ada rambut depan, saya harus membetulkannya dengan semburan yang sangat kuat untuk mengelakkannya dari jatuh.

Korang dah layan belum drama ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...