Ikuti Kami:

“Hidup Saya..” – Harungi Pelbagai Cabaran, Suzy Akui Menyesal Sertai miss A?

“Hidup Saya..” – Harungi Pelbagai Cabaran, Suzy Akui Menyesal Sertai miss A?

Sebelum aktif berlakon, pasti ramai yang mengetahui bahawa Suzy merupakan ahli kumpulam miss A.

Terbaru, Suzy telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Cosmopolitan, di mana wanita itu ada berkongsi mengenai dramanya akan datang berjudul “Doona!”.

Untuk pengetahuan, “Doona!” mengikuti Suzy sebagai Lee Doo-na, seorang ahli kumpulan popular. Dia adalah vokalis utama dan ahli yang paling popular namun suatu hari, dia mengumumkan persaraannya.

Ketika sesi temu bual, Suzy akui bahawa dia merasakan ikatan istimewa dengan wataknya dalam drama itu. Jelasnya,

Pengalaman saya berbeza dengan Doo-na tetapi saya masih dapat memahaminya lebih baik dari orang lain. Ia membawa banyak kenangan semasa saya menjadi idola.

suzy doona!

Kemudian ketika ditanya bagaimanakah Suzy akan hidup sekiranya dia meninggalkan kehidupan idola dan menikmati kehidupan di kampus seperti Doo-na, wanita itu menjawab,

Saya rasa saya akan hidup dengan sangat baik. Saya akan lebih menikmatinya daripada orang lain!

Sementara itu, “Doona!” akan mula ditayangkan pada 20 Oktober ini menerusi laman Netflix.

Jangan lupa tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...