Ikuti Kami:

“Saya Ada Sumber Saya” – Meski Diminta, Yoo Jaesuk Dedah Sebab Enggan Cipta Akaun Media Sosial

“Saya Ada Sumber Saya” –  Meski Diminta, Yoo Jaesuk Dedah Sebab Enggan Cipta Akaun Media Sosial

Meskipun sudah lebih 30 tahun berada dalam industri hiburan dan juga dikenali sebagai ‘MC Negara’ Korea Selatan, namun Yoo Jae-suk masih belum pernah mencipta apa-apa akaun media sosial peribadi.

Pada 24 April, episod ke-600 khas “Running Man” telah disiarkan. Semasa sedang berborak sesama ahli, Yoo Jae-suk ditanya satu soalan oleh penonton,

Anda mempunyai akaun rahsia untuk menyemak SNS (media sosial), bukan?

Sebagai tindak balas, ahli juga menyatakan rasa ingin tahu mereka sambil berkata,

Dia tahu segala-galanya dan tahu secara terperinci.

yoo jaesuk sns

Walau bagaimanapun, Yoo Jae-suk mendedahkan,

Saya tidak mempunyai apa-apa akaun. Walaupun saya tidak membuat SNS, saya masih log masuk ke tempat yang saya perlukan hari ini. Peminat mengatur segala-galanya dan menyiarkannya di tempat seperti fancafe. Walaupun anda menonton YouTube sekali, anda boleh melihat hampir semuanya.

Tambah pengacara dan pelawak itu,

Saya ada sumber saya. Ia mungkin kakitangan daripada pasukan produksi atau rakan sekerja di sekeliling kita.

Kemudian, apabila penonton mengulas,

Anda merupakan MC kebangsaan. Sila buka akaun SNS.

yoo jaesuk running man

Namun begitu, Yoo Jae-suk dengan tegas berkata,

Saya tidak tahu mengapa saya perlu melakukan SNS. Jika saya membuat SNS, saya perlu terus menyiarkan foto. Saya tidak suka mengambil gambar.

Mungkin Yoo Jae-suk terlampau sibuk untuk luangkan masa di media sosial.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...