Ikuti Kami:

“Bukan Tak Nak..” – Yoo Jaesuk Kongsi Sebab ‘Running Man’ Dah Jarang Main Cabut Tag Nama

“Bukan Tak Nak..” – Yoo Jaesuk Kongsi Sebab ‘Running Man’ Dah Jarang Main Cabut Tag Nama

Rasanya ramai yang rindu nak lihat “Running Man” kembali ke fitrah asalnya di mana mereka berlari mencabut tag nama kan?

Dalam episod terbaru yang menyambut episod ke-600, terdapat penonton yang bertanya mengenai soalan itu. Lantas Yoo Jae-suk sempat berkongsi dengan lanjut mengenainya,

Ada ramai yang menganggap kami tak cabut tag nama kerana sudah tua, tapi itu bukanlah sebabnya.

Kim Jong-kook turut menyelit dan mengatakan bahawa mereka banyak tercedera semasa awal “Running Man” dahulu.

sbs running man

Tambah pengacara No 1 itu,

Sudah banyak perkara berlainan yang cuba dilakukan untuk misi cabut tag nama dalam 10 tahun. Semua memerah kepala bagi membawa perkara baru, namun ianya bukanlah mudah.

Akui Yoo Jae-suk,

Apabila ada yang meminta cabut tag nama, pihak produksi melalukannya selepas merancang untuk jangka masa yang lama namun rating pula menurun mendadak.

sbs running man

Akhirinya,

Kami tak cakap kami tak akan buat lagi, tapi ianya bukanlah disebabkan faktor usia.

Haha turut menyelit,

Kami tak akan kalah walaupun berlawan dengan idola.

Mungkin kah kita akan dapat melihat mereka mencabut tag nama suatu hari nanti?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...