Walaupun “Running Man” sudah menjangkau usia 12 tahun namun ini merupakan tahun kelima Yang Se-chan dan Jun So-min secara rasmi menyertai program itu.

Sempena sambutan episod ke-600 program tersebut, kedua-dua ahli termuda itu sempat meninggalkan ucapan buat penonton yang setia menyokong mereka meskipun tidak bersama sejak mula.
Ucapan itu dimuat naik menerusi laman rasmi Instagram “Running Man” sehari sebelum episod istimewa itu ditayangkan.
View this post on Instagram
Ucap Yang Se-chan,
Terima kasih kerana bersama kami.
Ucap Jun So-min pula,
Semoga kita berlari sampai ke akhirnya.
Untuk pengetahuan, Yang Se-chan dan Jun So-min mula menyertai program popular tersebut pada tanggal 16 April 2017 sekaligus keduanya genap 5 tahun bersama.
Semoga bersama selamanya!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.