Ikuti Kami:

Program Hiburan Terlama Di Korea, Yoo Jaesuk Beri Ucapan Sempena Episod Ke-600 ‘Running Man’

Program Hiburan Terlama Di Korea, Yoo Jaesuk Beri Ucapan Sempena Episod Ke-600 ‘Running Man’

Diam tak diam, dah 12 tahun “Running Man” bersiaran. Malah ia bakal mencecah 600 episod pada tayangan minggu ini.

Dalam penggambaran episod itu, para ahli mengungkapkan rasa tidak percaya mereka. Ulas Yoo Jae-suk,

Terima kasih buat pihak produksi yang menyokong, kita sampai ke episod ke-600.

running man 600

Untuk tayangan istimewa itu, penggambaran tersebut bertemakan ‘Dengan Penonton’ di mana pada bahagian pertama akan ada soalan buat ahli daripada penonton dan mereka perlu menjawabnya dengan jujur. Untuk bahagian kedua, terdapat segmen ‘role play’ di mana mereka perlu berlakon mengikut konsep yang diminta penonton.

Perlumbaan hari ini dilakukan berdasarkan segala pendapat dan soalan yang dikirimkan penonton menerusi laman rasmi “Running Man” malah mereka menerima lebih 10,000 komen. Untuk episod itu, pemenang akan menderma sebanyak 10 milion won di atas namanya.

running man 600

Bukan itu sahaja, Yoo Jae-suk turut mencabar misi solo dengan sokongan ahli lain sampaikan dia berpeluh di bahagian atas bibir dan tak senang duduk kerana gementar.

Saksikan episod istimewa berkenaan pada Ahad ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...