Ikuti Kami:

“Saya Ada Kerja Lain”- Lee Sungmin Ulas Kontroversi Ending ‘Reborn Rich’

“Saya Ada Kerja Lain”- Lee Sungmin Ulas Kontroversi Ending ‘Reborn Rich’

Walaupun drama “Reborn Rich” telah pun menamatkan tayangannya tahun lepas, tetapi kehangatan drama tersebut masih lagi terasa.

Baru-baru ini, pelakon Lee Sung-min iaitu salah seorang teraju utama drama tersebut telah menjadi tetamu dalam sebuah rancangan radio “Park Myung Soo’s Radio Show” yang telah disiarkan pada hari ini.

Ketika DJ Park Myung-soo bertanya tentang popularitinya menerusi karya “Reborn Rich”, Lee Sung-min menjawab,

Saya tidak tahu ianya akan berjaya. Hasil penilaian dari penonton adalah baik tetapi saya tidak menyedarinya. Selepas menerima terlalu banyak panggilan telefon dan mesej, akhirnya saya tahu bahawa drama itu telah menjadi topik hangat.

Kemudian, Park Myung-soo memberitahu kepada Lee Sung-min bahawa,

Saya menontonnya dalam masa dua hari. Tetapi saya terkejut dengan pengakhiran yang mengejut. 

lee sungmin park myungsoo

Respon Lee Sung-min mengenai pengakhiran “Reborn Rich” yang menjadi kontroversi itu,

Sebenarnya, saya tidak membaca baki bahagian skrip selepas watak saya mati.

Tambahnya lagi,

Kalau ikutkan saya, ini adalah kali pertama saya tidak membaca skrip selepas watak saya mati. Mengikut rancangan asal, Jin Yang-chul akan mati lebih awal. Ternyata dia hidup lebih lama sedikit daripada jangkaan.

Selepas itu, pelakon lelaki tersebut turut berkongsi sebab dia tidak membaca skrip bahagian terakhir bagi drama itu,

Sebaik sahaja saya selesai penggambaran adegan untuk ‘Reborn Rich’, saya perlu mula membuat persediaan untuk kerja yang lain. Sebab itu, saya tidak sempat membaca bahagian terakhir skrip. Jadi, saya fikir saya tidak perlu membacanya dan percaya bahawa ia akan berakhir dengan baik. Sebab itulah, saya menonton pengakhiran drama itu tanpa maklumat.

Watak Jin Yang-chul ni memang meninggalkan kesan betul.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...