Ikuti Kami:

“Kalau Dia Jemput, Saya Pergi” – Lee Sungmin Ulas Perkahwinan Song Joongki

“Kalau Dia Jemput, Saya Pergi” – Lee Sungmin Ulas Perkahwinan Song Joongki

Rasanya ramai yang masih terkesan melihat gandingan hebat antara Lee Sung-min dan Song Joong-ki dalam drama “Reborn Rich” kan?

Dalam sebuah temubual terbaru, Lee Sung-min telah bercerita mengenai projek terbaru “The Devil’s Deal”.

Malah pelakon lelaki itu turut sempat berkongsi kisah bersama Song Joong-ki,

Kami menjadi rapat kerana ‘Reborn Rich’. Kalau dia jemput saya ke perkahwinannya, saya ingin menghadirinya.

lee sungmin song joongki

Kongsinya mengenai perwatakan Song Joong-ki,

Saya sebenarnya prejudis terhadap Song Joong-ki pada awalnya. Saya merasakan dia seorang yang memiliki wajah cantik dan personaliti lembut tapi sebenarnya dia kuat dan berani.

Pujinya lagi,

Tak seperti rakan pelakon lain sebayanya, dia sangat peramah. Dia tidak pernah menyembunyikan wajahnya semasa ke restoran ataupun teragak-agak apabila ada yang meminta autografnya.

lee sungmin song joongki

Baik kan Song Joong-ki?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...