Ikuti Kami:

“Satu Penghormatan..” – Cha Eunwoo Dedah Sikap Baik Lee Jongsuk Ketika Penggambaran Filem ‘Decibel’

“Satu Penghormatan..” – Cha Eunwoo Dedah Sikap Baik Lee Jongsuk Ketika Penggambaran Filem ‘Decibel’

Tak lama lagi, penonton akan dapat lihat gandingan Lee Jong-suk bersama Cha Eun-woo dalam filem “Decibel”.

Terbaru pada 7 November, sidang media untuk filem “Decibel” telah diadakan di Seoul dan dihadiri pelakon utama seperti Kim Rae-won, Lee Jong-suk, Jung Sang-hoon serta pengarah Hwang In-ho.

Dalam filem tersebut, Lee Jong-suk memainkan watak sebagai pereka bom dan kapten tentera laut dari Mensa. Menarik perhatian, pelakon itu juga akan kali pertama bekerjasama dengan Cha Eun-woo yang akan menghidupkan watak sebagai sarjan pengesan bunyi kapal Tentera Laut.

Ketika temu bual, Lee Jong-suk berkongsi pengalamannya bekerja dengan Cha Eun-woo. Katanya,

Ini kali pertama saya berlakon dengan Cha Eun-woo, dan dia sangat ‘cool’ serta kacak. Saya suka sikapnya yang serius.

cha eunwoo lee jongsuk

Kemudian, Cha Eun-woo turut meluahkan rasa terujanya dapat berlakon dengan Lee Jong-suk dengan berkata,

Ia adalah satu penghormatan untuk bekerjasama dengan Lee Jong-suk. Berkat dia, saya dapat menyelami diri saya dengan lebih baik. Apabila saya meminta nasihat tentang apa yang harus saya lakukan untuk menjadi lebih baik, dia memberitahu saya bagaimana dengan sepenuh hati.

Dalam pada itu, “Decibel” ialah filem aksi thriller tentang pengganas (Lee Jong-suk) yang ingin menanam bom di tengah-tengah bandar, dan bekas komander Tentera Laut (Kim Rae-won) yang menjadi sasaran ancaman pengganas.

Nantikan pada 16 November nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...