Ikuti Kami:

Sasar Jadi ‘Ratu Hiburan’, Han Gain Sertai ‘Sing For Gold’

Sasar Jadi ‘Ratu Hiburan’, Han Gain Sertai ‘Sing For Gold’

Han Ga-in berkongsi bahawa dia mahu kalahkan suaminya. Kenapa pula…

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Han Gain dek kerana dia kini mahu merangkul gelaran “Ratu Dunia Hiburan”. Han ga-in baru sahaja kembali ke industri hiburan apabila tampil dalam satu siri program hiburan selepas 4 tahun lamanya.han gainDia kini bakal tampil dalam “Sing For Gold” yang bakal bermula bersiaran pada 25 September. Han Ga-in bakal menjadi pengurus kumpulan koir dalam program ini yang mana ia akan menunjukkan proses bagi oemilihan kumpulan koir.

Penyanyi Park Jin-young, komposer Kim Hyung-seok, penyanyi Lee Mu-jin dan juga penari Lia Kim adalah antara mereka semua yang bakal membentuk satu kumpulan koir untuk bertanding dalam “International Choir World Cup”.

Dek kerana program ini bakal bersiaran seiring dengan rancangan hiburan “2 Days 1 Night Season 4” yang menampilkan suaminya sendiri, Yeon Jung-hoon, Han Ga-in mula menunjukkan sisi kompetitifnya.han gainHan Ga-in berkata,

Saya akan berusaha keras untuk memastikan rancangan “Sing For Gold” akan turut berdiri setanding dengan rancangan suami saya, walaupun saya tahu rancangan itu sudah mempunyai peminatnya tersendiri. Saya nak kalahkan suami saya. 

Wah… bersemangat ye Han Ga-in!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...