Ikuti Kami:

“Anak-Anak Adalah Harta Saya” – Pernah Alami Keguguran, Han Gain Ulas Soal Rawatan Persenyawaan IVF

“Anak-Anak Adalah Harta Saya” – Pernah Alami Keguguran, Han Gain Ulas Soal Rawatan Persenyawaan IVF

Dalam episod terbaru SBS “Circle House”, Han Ga-in berkongsi kisah peribadi tentang kegugurannya dan keputusannya untuk menjalani rawatan persenyawaan in vitro (IVF).

Pada awalnya, selebriti itu merujuk dirinya sebagai ‘ibu Kanggaru’ dengan menjelaskan,

Saya seorang ibu Kanggaru kerana 95% masa hidup saya berkisar kepada anak-anak saya. Itu kerana saya mengambil masa 10 tahun untuk melahirkan anak.

Han Ga-in menambah,

Saya mengambil ujian kehamilan dan melihat dua garisan pada jalur, jadi suami saya dan saya fikir kami akhirnya akan menjadi ibu bapa. Saya hamil sekitar Januari atau Februari. Tetapi doktor saya tidak dapat mengesan degupan jantung bayi saya jadi, saya mengalami keguguran pertama saya pada kira-kira lapan atau sembilan minggu kehamilan saya.

Jelas Han Ga-in,

Pada masa itu saya memutuskan untuk menjalani rawatan persenyawaan in vitro, dan saya mengalami masa yang sukar dengannya. Apabila saya akhirnya hamil semula dengan anak pertama saya, saya tidak keluar. Saya hanya tinggal di rumah sepanjang 40 minggu. Dari segi emosi, saya tidak mahu kehilangan anak lagi.

Pelakon itu menyatakan,

Saya menganggap anak-anak saya sebagai harta yang berharga, kerana saya mempunyai masa yang sukar untuk mengandungkan mereka.

han gain

Tabah kan Han Ga-in…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...