Sanha ASTRO, Arin OH MY GIRL dan Chuu LOONA bakal bekerjasama dalam drama baru.
Khabarnya mereka bakal membintangi drama berjudul “My Girlfriend Is A Tough Guy” di mana agensi kesemua mereka mengakui sedang meneliti tawaran tersebut secara positif kini.
Berdasarkan webtoon dengan nama yang sama, “My Girlfriend Is a Tough Guy” adalah komedi romantis yang mengikuti Yoon Jae, di mana teman wanitanya secara tidak dijangka berubah menjadi seorang lelaki.
Drama ini akan diarahkan oleh Yoo Kwan-mo dan ditulis oleh Lee Hae-na.
Nantikan maklumat lanjut.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.