Ikuti Kami:

Cha Eunwoo, Moonbin & Sanha ASTRO Bakal Jadi Tetamu ‘Running Man’

Cha Eunwoo, Moonbin & Sanha ASTRO Bakal Jadi Tetamu ‘Running Man’

Mesti terdapat jutaan peminat bagi rancangan hiburan SBS “Running Man” yang sudah berjaya meraih perhatian peminat di Korea namun di seluruh dunia. Terbaru, dikhabarkan beberapa ahli kumpulan ASTRO bakal tampil dalam rancangan hiburan tersebut. Tapi siapa?

Ahli kumpulan ASTRO menunjukkan minat yang sangat luar biasa terhadap rancangan hiburan “Running Man” sehingga beberapa antara mereka dipilih untuk tampil dalam rancangan hiburan tersebut dalam episod akan datang. Cha Eun-woo di samping 2 ahli lagi seperti Moon-bin dan Yoon San-ha bakal membuat penampilan khas dan perkara ini berjaya meraih perhatian para peminat ASTRO dan “Running Man”.

astro

Sebelum ini, peserta dan juga pengacara tetap rancangan “Running Man” turut bergurau dengan mengatakan bahawa dia ingin mengambil Cha Eun-woo sebagai ahli tetap menggantikan Lee Kwang-soo yang sudah menarik diri daripada rancangan tersebut.

Mereka bertiga akan membuat penampilan khas di dalam rancangan tersebut di samping mempromosikan pelancaran album ke-3 mereka “Drive to the Starry Road”. Khususnya, perhatian lebih tertumpu kepada Cha Eun-woo di rancangan hiburan SBS setelah sekian lama meninggalkan rancangan “All The Butlers” pada Jun tahun lalu.

Penampilan mereka itu dikhabarkan bakal disiarkan pada bulan ini. Jadi, korang jangan terlepas pulak episod “Running Man” yang akan datang ini okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...