Ikuti Kami:

Sanggup Beratur Panjang, Cermin Mata Kolaborasi Jennie BP & Gentle Monster Habis Dijual Dalam 30 Minit

Sanggup Beratur Panjang, Cermin Mata Kolaborasi Jennie BP & Gentle Monster Habis Dijual Dalam 30 Minit

Koleksi kolaborasi Jennie dan jenama terkenal, Gentle Monster telah mula dijual pada 1 Mei yang lalu dan ianya telah mendapat sambutan yang hangat dari peminat.

Satu hantaran yang menunjukkan keadaan di salah satu outlet Gentle Monster di Seoul telah dimuat naik di media sosial.

Di mana, jelas kelihatan ratusan netizen beratur di hadapan kedai hanya untuk membeli sepasang cermin mata hasil kolaborasi jenama itu dengan Jennie BLACKPINK.

Bukan sahaja di Seoul, malah perkara yang sama turut berlaku di outlet Gentle Monster di negara-negara besar yang lain seperti Jepun, China dan Thailand.

Malah, barisan itu dikatakan sangat panjang sehinga berkilometer jauhnya.

Selepas hantaran itu tular, ianya lantas menjadi bualan ramai, di mana rata-rata netizen telah meluahkan kekaguman mereka serta mengakui pengaruh besar Jennie dalam industri fesyen.

Koleksi kolaborasi itu juga didapati telah habis dijual di kebanyakan outlet hanya dalam masa 30 minit sahaja.

Antara korang ada tak yang dapat beli?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...