Zico telah berkolaborasi dengan Jennie BLACKPINK dalam single barunya “SPOT!”.
Pada 29 April, Zico telah membuat kemunculan sebagai tetamu dalam satu siaran radio, di mana dia telah menceritakan kisah disebalik kolaborasinya bersama Jennie BLACKPINK.
Katanya dalam temu bual tersebut,
Saya sebenarnya dah lama kenal Jennie, tapi saya agak risau masa saya nak minta dia kolaborasi dengan saya. Jadi saya bagi dia dengar dulu lagu ni, dia langsung setuju dan ada beri pendapat dia sendiri mengenai lagu tersebut.
Tambahnya,
Jennie seorang yang sangat peka. Walaupun kami dah lama kenal, ini kali pertama kami bekerjasama secara profesional. Jennie juga sangat peka dan tahu apa yang perlu dilakukannya tanpa bergantung sepenuhnya kepada pengarah.
Sambungnya lagi,
Sejujurnya, saya seorang yang sangat cerewet. Tapi bila kerja dengan Jennie saya rasa selesa, saya juga rasa yang kami sangat serasi. Meskipun lagu ni dah dikeluarkan, Jennie masih lagi ajak saya berbincang tentang hasil dan reaksi yang diterima oleh lagu ni. Dia sangat profesional.
Korang dah dengar ke belum lagu Zico dengan Jennie?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.