Interaksi di antara Jennie dan Woozi SEVENTEEN telah meraih perhatian netizen di media sosial.
Jarang aktif di media sosial, Woozi SEVENTEEN telah mengejutkan peminat selepas dia memuat naik hantaran lagu kolaborasi diantara Zico dan Jennie BLACKPINK iaitu “SPOT!” di media sosialnya.
Malah, ahli SEVENTEEN itu turut meluahkan kekagumannya terhadap lagu tersebut dengan kapsyen,
Kombo ini sangat menggilakan..
Tidak berhenti di situ, Jennie dilihat telah membalas hantaran tersebut dan turut meluahkan penantiannya untuk album SEVENTEEN yang akan datang.
Balas Jennie,
Saya sangat nantikan ‘Maestro’.
Interaksi yang tak dijangka diantara kedua-dua bintang terkenal ini telah mengejutkan netizen serta peminat. Malah, mereka turut tertanya-tanya tentang hubungan diantara Jennie dan Woozi.
Terutamanya kerana ahli SEVENTEEN itu pernah memainkan lagu Jennie di salah satu siaran langsungnya.
Peminat SEVENTEEN juga telah meluahkan keterujaan mereka dan berharap agar kedua-dua penyanyi berbakat ini dapat berkolaborasi pada masa yang akan datang.
Lain macam betul ‘circle’ Jennie!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.