Ikuti Kami:

“Sangat Selesa” – Lee Junho Akui Ada Keserasian Hebat Dengan Yoona Dalam ‘King The Land’

“Sangat Selesa” – Lee Junho Akui Ada Keserasian Hebat Dengan Yoona Dalam ‘King The Land’

Mesti ramai kan yang tengah seronok layan drama “King the Land” sekarang?

Terbaru, pelakon utama “King the Land” iaitu Lee Jun-ho dan Lim Yoon-A telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Allure Korea.

Ketika sesi temu bual, ahli GIRLS’ GENERATION itu berkongsi pengalamannya berlakon buat kali pertama dengan Lee Jun-ho. Dia berkata,

Dia sering memikirkan orang lain dan mempunyai fokus yang menakjubkan. Sama seperti Gu-won dan Sa-rang yang mempunyai karakter berbeza, Jun-ho mempunyai perkara yang saya tiada jadi, kami saling melengkapi di set. Kami melihat skrip bersama-sama dan saya banyak bergantung kepadanya.

jtbc king the land

Kemudian, pelakon “The Red Sleeve” itu juga turut bercakap mengenai kerja berpasukannya bersama Yoon-A dalam drama ini dengan berkata,

Ia sangat selesa dan keserasian kami sangat hebat. Pengarah juga selalu berkata ‘Kamu berdua sangat pandai menjaga satu sama lain’.

Tambahnya,

Ia adalah satu set di mana kami masing-masing boleh melakukan apa yang kami perlu lakukan dengan baik dan berkomunikasi dengan baik tanpa bercakap.

Sementara itu, “King the Land” disiarkan pada setiap hari Sabtu dan Ahad menerusi Netflix. Jangan lupa tonton!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...