Ikuti Kami:

“Bosan..” – Meski Raih Rating Baik, Episod Pertama ‘King The Land’ Terima Komen Negatif

“Bosan..” – Meski Raih Rating Baik, Episod Pertama ‘King The Land’ Terima Komen Negatif

Ada tak yang dah layan drama “King the Land”?

Untuk pengetahuan, “King the Land” yang diterajui Lee Jun-ho dan Yoon-A, membawa kisah seorang pewaris kaya Gu-won serta staf hotel Cheon Sa-rang yang bertemu di hotel milik keluarga lelaki itu dan melalui kesusahan bersama sebelum jatuh cinta dengan satu sama lain.

Terbaru pada 17 Jun, episod pertama “King the Land” telah mula bersiaran dan berjaya meraih rating baik, mencecah 5.1%.

Meskipun menerima sambutan baik namun, satu babak dalam drama itu telah menerima kritikan dari penonton. Khususnya, Cheon Sa-rang (Yoon-A) merupakan seorang pekerja di sebuah hotel dan dia belajar cara menguruskan peralatan di gim.

Dalam adegan itu, seorang senior memberitahu Cheon Sa-rang untuk mengelap peralatan gim dengan berkata,

Pergi dan lap peluh punggung. Jika awak pergi ke sana, awak akan melihat peluh punggung cantik yang ditinggalkan oleh tetamu kami.

drama king the land

Selepas episod itu ditayangkan, netizen rata-rata memberi komen negatif mengenai adegan berkenaan dan menulis,

Adakah orang masih menggunakan perkataan itu?

 

Saya pernah bekerja di gim dan kami tidak menggunakan perkataan seperti itu.

 

Sebut sahaja ‘lap peluh’.

Bukan itu sahaja, ada juga yang mengkritik bahawa skrip “King the Land” adalah membosankan,

Jalan ceritanya sangat kuno. Saya fikir saya sedang menonton rom-kom dari tahun 2000-an.

 

Saya bekerja di hotel dan saya tak boleh nak tonton drama ini.

 

Saya hanya suka dua pelakon utama drama itu. Skripnya sangat membosankan.

Hmm, apa pendapat korang pula?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...