Ikuti Kami:

Terajui ‘King The Land’ Bersama, Yoona & Junho Kongsi Reaksi Ahli 2PM & Girls’ Generation

Terajui ‘King The Land’ Bersama, Yoona & Junho Kongsi Reaksi Ahli 2PM & Girls’ Generation

Menjadi idaman ramai sejak menjadi hos festival muzik satu ketika dahulu, akhirnya Yoo-na Girls’ Generation dan Jun-ho 2PM akan bergandingan dalam drama “King The Land”.

Untuk pengetahuan, siri JTBC yang turut ditayangkan di Netflix ini membawa kisah seorang pewaris kaya Gu-won serta staf hotel Cheon Sa-rang yang bertemu di hotel milik keluarga lelaki itu dan melalui kesusahan bersama sebelum jatuh cinta dengan satu sama lain.

Dalam sebuah sidang media rasmi bersama pelakon siri itu, Yoon-a dan Jun-ho menjawab pelbagai soalan berkenaan “King The Land” selain turut mendedahkan reaksi ahli kumpulan 2PM dan Girls’ Generation selepas mendapat tahu bahawa mereka berlakon bersama.

lee junho yoona

Jelas Jun-ho,

Mereka tak berkata apa. Apabila mencapai tahap pengalaman sebegini, kami semua sibuk menjalani kehidupan masing-masing. Apabila melihat klip teaser, mereka bergurau dan bertanya jika saya benar-benar ke tempat kerja dengan payung terjun.

Jawab Yoon-a pula, ahli Girls’ Generation kerap bertanya tentang siri itu,

Mereka cakap ‘Saya nak tonton nanti’ dan ‘ Bila ianya akan keluar?’ kerana penggambaran sudah lama tamat. Mereka kerap bertanya, ‘Penggambaran masih berjalan ke?’

Dalam pada itu, tonton dua episod “King The Land” setiap minggu di Netflix bermula 17 Jun ini.

Nampak tak perbezaan reaksi lelaki dan perempuan?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...