Nampaknya, drama “Extraordinary Attorney Woo” yang diterajui Park Eun-bin, telah berjaya menambat hari ramai selebriti Korea.
Baru-baru ini pada 10 Julai, ketua kumpulan BTS iaitu RM telah berborak dengan peminat melalui aplikasi Weverse. Seorang peminat berkongsi bahawa dia pergi menonton filem “Top Gun: Maverick”. Kemudian, RM membalas mesej itu dengan mendedahkan drama Korea yang dia sedang tonton kini,
Oh, saya perlu menontonnya selepas melihat yang pertama. Saya sedang menonton ‘Extraordinary Attorney Woo’ sekarang.
Kemudian dia menjawab kepada peminat lain, yang bertanya sama ada drama “Extraordinary Attorney Woo” itu menyeronokkan.
https://twitter.com/NUSH_Translates/status/1546009903793258498
Jawab RM,
JJ John Jam (slang Korea yang bermaksud ‘sangat kelakar’).
Bagi yang belum tahu, “Extraordinary Attorney Woo” membawa kisah Woo Young-woo (Park Eun-bin), seorang peguam dalam spektrum autisme yang bekerja keras di sebuah firma guaman besar bagi menyelesaikan pelbagai kes dan cabaran.
Semua orang memang kena tonton drama ini!