Ikuti Kami:

Sangat Jijik, Penyanyi Rap Ditangkap Kerana Rakam Hubungan Seksual Pasangan Secara Haram

Sangat Jijik, Penyanyi Rap Ditangkap Kerana Rakam Hubungan Seksual Pasangan Secara Haram

Perlu ke?

Pada 22 Disember, Munhwa Ilbo melaporkan bahawa seorang bekas idola, yang juga merupakan penyanyi rap telah disabitkan kesalahan kerana merakam hubungan seksual bersama bekas teman wanitanya secara haram.

Menurut laporan, penyanyi itu akan menutup mata mangsanya sebelum merakam mereka secara rahsia. Tambahan, dia juga dikatakan membuat perkara terkutuk itu sekurang-kurangnya kepada dua orang wanita.

Berita itu telah menjadi tular, dan butiran lanjut mengenai identiti penyanyi rap terbabit telah dikeluarkan.

Info daripada sumber, pelaku itu adalah penyanyi rap utama dalam kumpulannya tetapi telah keluar pada 2019 atas sebab kesihatan. Kumpulan K-Pop itu memulakan kerjaya pada 2017 sebagai kumpulan lima ahli. Seterusnya, laporan itu juga menyatakan bahawa pada 2019, seorang ahli kumpulan tersebut telah dikenakan hukuman kerana melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak bawah umur.

penyanyi rap kpop rakam seks

Butiran lanjut telah menyebabkan netizen mendakwa bahawa idola itu adalah bekas ahli TST Choi Woo-young. Woo-young memulakan kerjaya pada tahun 2017 sebagai sebahagian daripada kumpulan lima ahli dan merupakan penyanyi rap utama. Lebih jelas ialah fakta bahawa salah seorang ahli kumpulan itu, Kyeong-ha, telah dijatuhi hukuman kerana melakukan serangan seksual terhadap seorang kanak-kanak bawah umur.

Namun, masih belum ada pengesahan lagi mengenai dakwaan tersebut.

Tunggu update seterusnya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...