Ikuti Kami:

“Sangat Berbeza”- V BTS Kongsi Sebab Rasa Pelik Sertai ‘Jinny’s Kitchen’ Pada Awalnya

“Sangat Berbeza”- V BTS Kongsi Sebab Rasa Pelik Sertai ‘Jinny’s Kitchen’ Pada Awalnya

Korang mesti tak sabarkan nak tengok V BTS, Park Seo-joon, Choi Woo-shik, Jung Yu-mi dan Lee Seo-jin dalam rancangan “Jinny’s Kitchen”?

Terbaru, rancangan “The Game Caterers” telah menampilkan ahli dari “Jinny’s Kitchen” di saluran YouTube.

Untuk pengetahuan, “Jinny’s Kitchen” diarahkan oleh pengarah Na Young-seok, adalah spin-off dari program “Youn’s Kitchen” yang akan mengikuti ahli membuka restoran menjual makanan jalanan Korea di Mexico.

Khususnya, V yang sedang aktif sebagai bintang terkenal telah menyertai rancangan itu sebagai ahli termuda dan berjaya menarik perhatian peminat di seluruh dunia.

Dalam video tersebut, V memperkenalkan dirinya,

Saya Kim Tae-hyung yang datang sebagai pelatih dan bertanggungjawab menyediakan bahan-bahan, mencuci pinggan mangkuk, dan membersihkan restoran selepas kerja.

V BTS

Penerbit Na Young-seok itu bertanya kepada ahli BTS itu sama ada dia ada sebarang aduan yang ingin di sampaikan.

V beri respon,

Apa yang saya hairan pada mulanya adalah waktu perniagaan kerana ianya sangat berbeza dari apa yang saya dengar. Saya bukan saja bekerja pada siang hari tetapi saya juga perlu bekerja pada waktu malam.

Tambahnya lagi,

Lee Seo-jin pernah berkata sebelum ini, ‘Akan ada hari yang menyeronokkan’.

Kim taehyung

Selain itu, V menjelaskan sebab dia terkejut dengan Lee Seo-jin sebagai pengarah dalam program itu.

Pada mulanya, saya terkejut dengan pengurus kami iaitu Lee Seo-jin. Jadi, saya harap awak dalam keadaan baik. Ianya pelik kerana dia tidak buat apa-apa pun. Saya terfikir adakah betul ke dia ni pengurus?

Dalam pada itu, program “Jinny’s Kitchen” akan disiarkan pada setiap hari Jumaat bermula dari 24 Februari ini.

Korang mesti tak sabarkan?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...