Ramai idola K-Pop datang daripada pelbagai lapisan masyarakat. Ada antara mereka memasuki industri sebagai pelakon kanak-kanak atau model.
Kali ini KimchiDaily nak kongsikan beberapa idola K-Pop yang menari sebagai penari latar sebelum menjadi bintang hebat.
BTS
Kumpulan BTS sangat terkenal sekarang dan pernah memecahkan rekod di carta Billboard. Beberapa orang ahli BTS pernah menari untuk artis senior lain di bawah agensi mereka. Pada 2012, setahun sebelum penampilan sulung mereka, Jung-kook yang berusia 16 tahun dan J-Hope berusia 19 tahun pada ketika itu menari di belakang Jo Kwon untuk persembahan solonya ‘I’m Da One’. Bagi Jin, V dan Suga pula, mereka membuat penampilan istimewa dalam muzik video lagu tersebut.
Chungha
Sebelum Chung-ha mencipta namanya sebagai diva solo, dia melalui beberapa waktu pasang surut pada awal kerjayanya. Chung-ha menghabiskan masa tujuh tahun sebagai pelatih. Pada tahun 2013, dia menari untuk Ulala Session semasa persembahan mereka dalam rancangan “Immortal Songs: Singing the Legend”. Pada rancangan radio EBS “Chungha’s Listen” pada 2019, dia berkata,
Saya benci perkataan ‘backup dancer’. Boleh ke buang perkataan ‘back’ depan ‘dancer’ itu?
Hyoyeon SNSD
Salah seorang penari K-Pop yang paling berbakat ialah Hyo-yeon. Dia merupakan bekas penari utama bagi kumpulan wanita Girls’ Generation. Dia juga baru-baru ini menyertai kumpulan unit baharu GOT the Beat. Selain Chung-ha, Hyo-yeon turut menghabiskan masa selama tujuh tahun sebagai pelatih, dia menari di belakang ramai artis senior, seperti membuat persembahan untuk ratu lagu K-Pop, Boa di Festival Video Muzik Mnet pada tahun 2005.
Shownu MonstaX
Shownu pernah menjadi penari latar sebelum penampilan sulungnya dengan kumpulan lelaki Monsta X. Pada tahun 2013, Shownu pernah muncul dalam persembahan Lee Hyo-ri untuk lagu ‘Bad Girl’.
Berbakat sungguh!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.