Ikuti Kami:

“Tiada Kebebasan” – Seawal 13 Tahun, Kenapa Idola K-Pop Debut Pada Usia Terlalu Muda?

“Tiada Kebebasan” – Seawal 13 Tahun, Kenapa Idola K-Pop Debut Pada Usia Terlalu Muda?

Makin hari makin ramai idola K-Pop yang debut pada usia yang terlalu muda.

Baru-baru ini, YG Entertainment telah mengumumkan bahawa kumpulan gadis baru BABYMONSTER akan debut dengan 7 ahli, termasuk ahli termuda Chiquita dari Thailand yang berumur 13 tahun.

Untuk pengetahuan, debut pada usia awal remaja ini bukanlah sesuatu yang baru dalam industri K-Pop, kerana BoA juga telah memulakan kerjayanya ketika berusia 13 tahun. Seterusnya Krystal f(x), Tae-min SHINee, Ji-sung NCT DREAM dan ramai lagi turut debut pada usia 14 tahun.

Meskipun ia semakin dinormalisasikan pada waktu kini namun, mengapa agensi memilih mereka yang begitu muda untuk debut?

young kpop idols

Lebih banyak peluang

Dari sudut komersial, idola yang debut pada usia muda ini akan mendapat peluang yang lebih besar untuk mereka mencapai populariti lebih awal, kerana majoriti peminat K-Pop adalah mereka daripada kalangan umur yang sama.

Selain itu, mereka juga akan dapat bekerja dan terus mempromosikan diri pada waktu yang lebih lama kerana umur tidak menjadi penghalang. Contohnya, tidak perlu memikirkan tentang perkahwinan, keadaan fizikal badan dan sebagainya.

Tambahan, mereka juga berkemungkinan akan mengambil masa yang lama untuk meraih populariti jadi, bermula pada umur yang awal adalah lebih baik, lebih-lebih lagi untuk idola lelaki yang perlu berkhidmat dalam ketenteraan.

Bagaimanapun, terdapat juga keburukan buat selebriti yang memasuki industri hiburan pada usia yang muda. Antaranya,

kpop idol trainee

Tekanan untuk jadi yang terbaik setiap masa

Sebelum debut, idola K-Pop harus menjalani proses latihan, di mana kesemua pelatih harus melalui proses belajar untuk menyanyi, menari, rap, menulis lagu dan pelbagai lagi, sehingga tempoh di mana mereka sudah memenuhi kelayakan untuk melakukan debut.

Selain itu, mereka juga harus bersaing dengan ramai pelatih lain dan cuba untuk menonjolkan bakat yang hebat, unik dan berbeza, bagi mendapat tempat untuk debut.

Tidak habis di situ, selepas debut pula, mereka harus berhadapan dengan pelbagai pendapat dari netizen, sama ada baik atau buruk, yang mungkin boleh mengganggu kesihatan mental.

young kpop idols

Tiada kebebasan

Bukan itu sahaja, seorang pelatih dan selebriti juga harus mengikuti segala syarat dan arahan yang diberikan oleh syarikat agensi.

Sebelum ini, In Jin-woong iaitu seorang bekas jurulatih idola telah berkongsi kebenaran di sebalik menjadi pelatih idola K-Pop. Selain berkongsi mengenai kesusahan untuk debut, lelaki itu turut mendedahkan bahawa setiap pelatih tidak mempunyai kebebasan mereka sendiri bahkan, hidup mereka seolah-olah dikawal oleh pihak agensi.

Semua pelatih tidak boleh pergi ke kedai serbaneka sendiri sehingga mereka mempunyai pengalaman bertahun-tahun tertentu. Jadi mereka perlu memberitahu pengurus untuk membeli secawan kopi untuk mereka. Mereka kehilangan kebebasan harian mereka. Oleh itu, mereka sudah dilatih supaya mereka terbiasa dengan cara hidup itu atau akan menghadapi tekanan.

Tiada banyak kenangan pada usia muda seperti orang lain

Debut pada usia muda bermaksud mula menjadi pelatih pada usia yang sangat awal. Oleh itu, idola ini kebanyakannya tidak ada banyak kenangan bersama rakan-rakan di sekolah atau rakan sebaya, kerana lebih fokus untuk berlatih pelbagai kemahiran untuk menjadi seorang selebriti.

Seperti yang pernah disebut Jennie dalam dokumentari BLACKPINK, dia juga tidak mempunyai kenangan seperti pelajar sekolah yang lain kerana sudah mula menjadi pelatih seawal umurnya 14 tahun. Bagaimanapun, ia berjaya menjadikan dirinya lebih kuat sekarang.

Akhir sekali, ramai yang berpendapat bahawa selagi syarikat pengurusan dapat memberi layanan yang baik dan sewajarnya kepada artis mereka maka, tidak akan ada isu mengenai idola K-Pop untuk debut pada usia yang muda.

Apa pendapat korang pula?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...