Ikuti Kami:

Sandara Park Akui Jalani Pembedahan Kecantikan Sebelum Debut Bersama 2NE1?

Sandara Park Akui Jalani Pembedahan Kecantikan Sebelum Debut Bersama 2NE1?

Bukan senang jadi idola, ada sahaja arahan yang perlu diikuti syarikat bagi memastikan mereka dapat debut dengan baik.

Dalam episod terbaru “Salty Dangpo”, di mana Sandara 2NE1, Chae Rina, Narsha dan Chaeryeong ITZY berkongsi mengenai pengalaman sebagai idola dalam generasi berbeza.

Antara mereka, Narsha membuktikan bahawa kumpulan idola dari agensi kecil juga mampu mencapai kejayaan hebat. Kongsinya mengenai pengalaman melibatkan prosedur kecantikan dan pembedahan plastik,

Mereka menyuruh kami mendapat pembedahan plastik seminggu sebelum muncul di rancangan muzik. Saya sangat terkejut. Saya terfikir sekiranya boleh muncul di program dengan kondisi sedemikian.

jtbc salty dangpo

Balas Sandara Park,

Sebenarnya, kami banyak melabur untuk video muzik dan pakaian. Kami mencurahkan segala tenaga ke dalam latihan namun sebulan sebelum debut, mereka tiba-tiba suruh kami ke pakar kecantikan.

Menurutnya, dia menerima ‘filler’ sebulan sebelum debut bersama 2NE1 dan pengakuan ini nyata mengejutkan semua,

Kami kumpulan wanita pertama dari YG. Sebelum itu, kesemua kumpulan lelaki mencapai kejayaan, jadi kami tak tahu bagaimana ingin menjalani aktiviti sebagai idola wanita.

sandara 2ne1

Dalam pada itu, Sandara Park meriliskan album mini ‘Sandara Park’ dengan lagu ‘Festival’ pada 12 Julai lalu.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...