Ikuti Kami:

Aktif Sejak Remaja, Sandara 2NE1 Miliki Harta Cecah RM138 Bilion?

Aktif Sejak Remaja, Sandara 2NE1 Miliki Harta Cecah RM138 Bilion?

Sudah berbelas tahun di dalam industri, pastinya Sandara Park 2NE1 mempunyai simpanan yang banyak.

Dalam episod terbaru ‘Wonder K Original’ di YouTube, idola tersebut telah menjelaskan mengenai kebenaran informasi dirinya di laman portal atas talian.

Salah satu entri yang dibacanya bertanya sama ada dia benar-benar mempunyai wang sebanyak 30 bilion won (RM138.2 bilion),

Saya pernah melihat nama Sandara Park tersenarai dalam ranking artis wanita dengan harta yang banyak. Bukannya dia ada rilis muzik dan saya tak nampak dia di banyak program televisyen atau pun iklan. Macam mana dia boleh ada duit yang banyak? Dia pandai kawal kewangan ke?

sandara park

Jawab Sandara,

Selepas 2NE1 dibubarkan, terdapat cerita seperti ini. Tanya rakan sekerja, ‘Bagaimana Dara boleh ada duit untuk berbelanja seperti ini?’ Saya hampir marah.

Tambahnya lagi,

Saya tak aktif sangat di Korea namun saya banyak menjalani rakaman di luar negara. Saya sangat disayangi di Asia Tenggara dan yuran pengiklanan agak tinggi. Saya sentiasa mendapat pendapatan yang agak baik tapi ada yang tak endahkannya. Jadi, saya sedikit marah pada ketika itu.

Sebab Sandara tak menunjuk..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...