Ikuti Kami:

SAMSUNG Kolaborasi Bersama BTS Untuk ‘Samsung Unpacked 2022’

SAMSUNG Kolaborasi Bersama BTS Untuk ‘Samsung Unpacked 2022’

BTS sekali lagi mencuri perhatian apabila mereka kini kembali berkolaborasi bersama satu jenama elektronik terkenal, SAMSUNG.

Majlis pelancaran “Samsung Galaxy Unpacked 2022: Unfold Your World” dikhabarkan akan dijalankan pada 10 Ogos akan datang. Majlis ini bakal menampilkan BTS dan perkara itu juga telah disahkan apabila jenama SAMSUNG sendiri memuat naik gambar teaser majlis itu yang mempamerkan gambar BTS dengan tema hitam dan putih.

Menurut SAMSUNG, mereka kembali berkolaborasi bersama BTS dalam pelbagai promosi untuk kempen “Greater” yang mana bakal mempamerkan rangkaian telefon flip terbaru mereka yang mana akan menggunakan lagu “Yet to Come (The Beautiful Moment)” sebagai lagu tema promosi untuk rangkaian telefon terbaru tersebut.

Dalam pada itu, SAMSUNG juga merancang untuk menggunakan warna ungu ‘bora’ sebagai skema warna untuk kempen “Greater. Iklan kempen itu dijangka akan memenuhi setiap paparan telefon pengguna secara global dengan warna BTS yang tersendiri. Edisi telefon “Samsung Galaxy S22” dan juga “Samsung Galaxy S22+” berwarna ungu ‘bora’ dijangka bakal dilancarka secara global pada 10 Ogos ini.

Ekoran kepada itu juga, pakar industri elektronik juga menjangkakan bahawa SAMSUNG bakal melancarkan produk terbaru seperti “Galaxy Z Fold 4”, “Galaxy Z Flip 4”, dan banyak lagi sewaktu majlis pelancaran “Samsung Unpacked 2022” nanti. btsKorang ada yang teringin nak beli telefon SAMSUNG baru ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...