Selepas bertahun drama “Weightlifting Fairy Kim Bok-joo” ditayangkan, Lee Sung-kyung akhirnya dedahkan perubahan drastik yang dilakukannya untuk watak Kim Bok-joo.
Baru-baru ini Lee Sung-kyung telah menjadi tetamu di dalam rancangan “Suchwita” milik Suga BTS. Di mana dalam temu bual tersebut, dia telah mendedahkan proses yang dilaluinya untuk berlakon dalam “Weightlifting Fairy Kim Bok-joo”.
Katanya,
Kim Bok-joo merupakan seorang atlet angkat berat dan penggambaran drama itu bermula 15 hari selepas penggambaran ‘The Doctors’. Jadi dalam masa 15 hari tersebut saya kena naikkan berat badan saya sebanyak 10kg.
Tambahnya,
Dalam masa 15 hari itu juga, saya kena habiskan semua penggambaran lain sebelum naikkan berat badan dan potong rambut saya sehingga pendek. Saya juga banyak makan makanan pedas supaya muka saya nampak seakan-akan bengkak setiap kali penggambaran dijalankan.
Adunya lagi,
Disebabkan berat saya naik mendadak, ianya telah menyebabkan badan saya cedera dan sering berasa senak. Malah sehingga kini, tubuh saya masih lagi ada kesan regangan.
Besar pengorbanan Lee Sung-kyung untuk bawa watak sebagai Bok-joo kan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.