Ikuti Kami:

“Saya Malu Nak Tunjuk Kawan..” – Lee Sungkyung Kongsi Kisah Kehidupan Miskin Semasa Remaja

“Saya Malu Nak Tunjuk Kawan..” – Lee Sungkyung Kongsi Kisah Kehidupan Miskin Semasa Remaja

Lee Sung-kyung telah buka cerita mengenai keluarganya.

Ketika membuat penampilan sebagai tetamu bersama Kim Jong-kook di dalam rancangan “Seri Money Club”, pelakon serta model Lee Sung-kyung telah dianggap lahir dalam sebuah keluarga yang kaya-raya.

Namun, Lee Sung-kyung menafikan kenyataan tersebut. Malah, dia mendedahkan bahawa dia sebenarnya datang dari keluarga yang sangat susah dan miskin.

Katanya,

Masa saya kecil, ayah saya bankrap dan kami terpaksa hidup di rumah flat kecil sampai saya habis sekolah menengah. Rumah tu terlampau kecil sampai saya malu nak tunjuk kawan-kawan saya tentang kehidupan saya. Kereta kami pun buruk, sampai saya selalu suruh ayah saya berhentikan kereta jauh dari pagar sekolah sebab saya malu.

sungkyung

Tambahnya,

Tapi, ada satu hari tu keluarga saya terjumpa iklan untuk jadi model dan mereka suruh saya masuk sebab mereka kata kebanyakan pemenang ‘Miss Korea’ datang dari pelbagai jenis keluarga. Jadi saya pun daftar dan dapat kerja sebagai model sampingan.

Dalam masa yang sama, Lee Sung-kyung tidak pernah menyangka bahawa kehidupannya akan berubah sekelip mata selepas dia ditawarkan berlakon di dalam drama “It’s Okay, That’s Love” semasa dia masih bergelar model sampingan.

its okay thats love

Drama itu juga menjadi titik permulaan bagi kejayaannya sehingga kini. Malah, pelakon itu juga sudah banyak membintangi drama-drama terkenal serta bekerjasama dengan pelbagai jenama mewah.

sungkyung brand

Betul la tak semestinya kita nampak seseorang itu hidup mewah sebab dia lahir dalam keluarga yang kaya, ada yang bekerja keras untuk dapatkan kemewahan tersebut.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...