Ikuti Kami:

Sampai Minta Nak Jadi Orang Gaji, ‘Stalker’ Eunji APINK Dipenjara Satu Tahun

Sampai Minta Nak Jadi Orang Gaji, ‘Stalker’ Eunji APINK Dipenjara Satu Tahun

Makin menjadi-jadi mereka sekarang ni.

Mahkamah Daerah Seoul telah menjatuhkan hukuman penjara 1 tahun kepada seorang wanita bernama Cho (59 tahun), atas kesalahan mengintai ahli Apink, Jung Eun-ji. Cho akan diletakkan di bawah pengawasan pegawai percubaan, dan juga dikehendaki membayar denda sebanyak 100,000 (RM350), melengkapkan 120 jam perkhidmatan masyarakat, dan menghadiri 40 jam kursus pendidikan untuk pencegahan jenayah.

Menurut perbicaraan di mahkamah, pihak Eun-ji menyatakan,

Cho mula mengintai Jung Eunji pada Mac 2020 dengan menghantar bungkusan ke rumah Jung Eunji, disertai dengan mesej, Sudikah awak menerima saya sebagai pembantu rumah awak dan pasangan hidup bersama awak?.

Selain itu, pada April dan Julai 2021, Cho didapati mengintai di apartmen Eun-ji. Polis memberinya amaran keras pada masa itu, dan Cho juga ada menghantar mesej kepada agensi berjanji tidak akan menghubungi Eun-ji.

stalker eunji

Walau bagaimanapun, dalam tempoh lima bulan selepas itu, Cho terus mengganas dengan DM Instagram dan mesej melalui Bubble Eun-ji yang tidak terkira banyaknya. Sehingga pada Disember 2021, Eun-ji mengumumkan bahawa dia akan menghentikan perkhidmatan Bubblenya.

Tambahan, walaupun mangsa mengalami trauma mental dan emosi yang teruk, defendan enggan mengaku melakukan jenayah itu dan tidak menunjukkan sebarang tanda refleksi.

Minat macam mana pun, tolonglah hormat la privacy selebriti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...