Ikuti Kami:

Son Naeun Secara Rasmi Keluar Dari APINK

Son Naeun Secara Rasmi Keluar Dari APINK

Berita sedih buat peminat APINK…

Pada 8 April, telah dilaporkan bahawa Son Na-eun akan menarik diri daripada APINK, menjelang ulang tahun ke-11 kumpulan itu. Orang dalam menyatakan ia adalah kerana Na-eun didakwa tidak dapat mengimbangi aktiviti idola dan lakonannya, dengan berkata,

Na-eun memutuskan dia tidak boleh lagi menyertai aktiviti APINK kerana jadual lain pada masa yang sama.

Berikutan itu, agensi APINK iaitu IST Entertainment telah mengeluarkan kenyataan rasmi bagi mengesahkan tentang perkara ini,

Selepas perbincangan dengan dua syarikat (IST & YG) dan ahli APINK, Na-eun telah memutuskan untuk menamatkan aktiviti kumpulannya.

https://www.instagram.com/p/CcFomMDh2yk/

Sementara itu, Na-eun juga telah memuat naik foto surat tulisan tangan, bagi memaklumkan sendiri kepada peminat tentang berita ini dan pada yang sama, turut berterima kasih kepada ahli dan peminat yang sentiasa menyokong dirinya sejak debut. Na-eun mengakhiri ucapannya dengan,

Setakat ini, ini adalah Son Na-eun APINK!

Dalam pada itu, APINK akan mula membuat promosi sebagai 5 ahli bermula pada 19 April ini, iaitu pada ulang tahun ke-11 mereka.

naeun keluar dari apink

Tiada lagi Na-eun APINK…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...