Ikuti Kami:

Sampai Kena ‘Boo’, Peminat Bengang Konsert G-Dragon Di Korea Bermula Lewat Lebih Satu Jam

Sampai Kena ‘Boo’, Peminat Bengang Konsert G-Dragon Di Korea Bermula Lewat Lebih Satu Jam

Selepas lama menanti, G-Dragon akhirnya menemui peminat menerusi konsert jelajahnya yang bermula di Seoul.

Bagaimanapun, konsert itu yang sepatutnya bermula pada jam 6:30 petang telah ditunda dan akhirnya membuka pentas pada jam 7:43 malam.

Dengan ini, ramai penonton yang hadir telah meluahkan kemarahan mereka dan mengkritik G-Dragon kerana dia secara peribadi tidak memohon maaf kerana lewat naik ke atas pentas pada ketika itu.

g-dragon

Pada pagi ini, agensi akhirnya mengeluarkan kenyataan dan menjelaskan sebab konsert semalam bermula lambat. Jelas Galaxy Corporation:

Kami ingin membuat kenyataan mengenai konsert ‘G-Dragon 2025 World Tour [Übermensch] di Korea’ yang diadakan pada 29 Mac. Disebabkan keadaan cuaca yang semakin teruk, konsert itu terpaksa ditangguhkan atas sebab keselamatan.

Ini disebabkan keadaan cuaca buruk sebelum konsert, seperti suhu bawah sifar dan kesejukan, salji dan hujan berangin yang tiba-tiba turun pada waktu pagi serta angin kencang yang menyusul bermula pada sebelah petang.

Oleh itu, kelewatan dalam memulakan konsert adalah langkah yang diambil atas sebab keselamatan kerana bimbang peralatan pentas boleh membahayakan penonton. Seperti yang kami nyatakan dalam permohonan maaf kami di tempat konsert, kami sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih dan memohon maaf kepada peminat yang menunggu konsert untuk bermula dalam masa yang lama dalam kesejukan.

Sementara itu, G-Dragon akan mengadakan konsert hari keduanya di Korea pada hari ini, bertempat di Goyang Stadium.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Sports Donga

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...