Bukan mudah tau perjalanan G-Dragon untuk berada di tempatnya sekarang.
Dalam siaran 9 Mac program “Good Day”, chef terkenal iaitu Ahn Sung-jae telah tampil sebagai tetamu dan berborak bersama G-Dragon.
Selepas Ahn Sung-jae bercakap tentang pengalamannya mula belajar memasak sejak umur 24 tahun, G-Dragon juga turut berkongsi bahawa sebelum debut, dia telah menjadi pelatih selama 11 tahun. Luahnya,
Saya menghabiskan masa selama 5 tahun di SM dan 6 tahun di YG. Ia adalah masa di mana tidak ada konsep untuk menjadi pelatih. Saya seorang pelatih dan tidak ada gaji yang diberikan.
Sambung penyanyi itu,
Kami pergi ke sekolah, tukar baju, mandi, belajar dan apabila senior sedang berlatih, kami berhati-hati untuk tidak mengganggu mereka. Kami akan diam-diam menonton mereka dari kawasan yang tidak dapat dilihat. Saya fikir pada ketika itu ‘Takpe berlatih je, awak tak akan tahu apa yang mungkin berlaku’.
Penantian GD membuahkan hasil!