Ikuti Kami:

“Sampai Guna Nama Isteri..” – ‘Running Man’ Dikritik Dek Sering Ejek Ji Sukjin

“Sampai Guna Nama Isteri..” – ‘Running Man’ Dikritik Dek Sering Ejek Ji Sukjin

Tak sah lah “Running Man” kalau mereka tak mengusik ahlinya dengan pelbagai topik kelakar kan?

Meskipun lebih 10 tahun mengenali satu sama lain, sepertinya masih ada yang kurang selesa dengan tingkah laku yang ditonjolkan ahli program itu.

Dalam tayangan 10 Julai, Ji Suk-jin telah menjadi bahan ‘serangan’ dalam sebuah misi di mana ahli akan mengangkat tanda ‘STOP’ dan berhenti menjamah makanan mereka apabila tidak tahan mendengar komen buruk ahli lain.

ji sukjin ryu sujeong

Antara kata-kata yang ditujukan buat Ji Suk-jin ialah, “Kalau buka cermin mata, adakah hidung awak akan keluar sekali?”, “Tolong tutup mulut, buka dompet dan pergi sahaja”, “Dapatkan transpan rambut”, “Awak berbau seperti atuk”, “Rubah tua yang tak berlagak seperti usianya” dan “Awak tak cintakan Ru Su-jeong”.

Apabila melihatkan wajah lelaki itu yang mula berubah dek kritikan bertubi-tubi, tanya Choi Bo-pil PD,

Awak okay?

Jawab Ji Suk-jin,

Saya okay sahaja.

Malah Bo-mi APINK yang merupakan tetamu turut meluahkan rasa risau sekiranya lelaki itu terasa dengan kata-kata mereka.

Meskipun ‘kandungan kata-kata buruk’ itu mungkin dianggap sebagai bahan gurauan antara mereka namun penonton mempersoalkan sebab mengapa nama isteri Ji Suk-jin iaitu Ryu Su-jeong perlu dikaitkan sekali. Pada episod ini, lelaki itu memilih untuk berhenti makan apabila nama isterinya disebut.

jun somin yang sechan

Terdahulu, Yang Se-chan turut dikritik ramai apabila menyebut mengenai bekas kekasih Jun So-min dalam salah satu misi “Running Man”.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...