Utama Drama Korea “Sampah..” – Plot Terlalu ‘Mengundang’, Penonton Tandatangan Petisyen Minta K-Drama Ini Dibatalkan

“Sampah..” – Plot Terlalu ‘Mengundang’, Penonton Tandatangan Petisyen Minta K-Drama Ini Dibatalkan

the escape of the seven

Walaupun ada K-Drama yang menenangkan dan membersihkan jiwa, namun ada sesetengah naskhah yang memaparkan plot di luar kotak.

Terbaru, “The Escape Of The Seven” telah pun menayangkan dua episod awalnya di mana ia membawa kisah takdir tujuh individu berbeza yang berbelit dek kes pembunuhan seorang pelajar sekolah menengah.

Digarap oleh penulis “The Penthouse”, sudah semestinya drama berkenaan bermula dengan pelbagai plot provokatif seperti remaja mengandung anak luar nikah, penderaan kanak-kanak, buli di sekolah dan banyak lagi.

the escape of the 7

Disebabkan itu, rata-rata penonton meluahkan rasa kesal kerana drama yang boleh ditonton semua menyiarkan babak tidak baik seperti itu. Malah terdapat banyak entri di muat naik di laman rasmi SBS supaya membatalkan tayangn tersebut,

Kami minta drama ini membatalkan siarannya.

 

Drama sampah yang membuatkan satu keluarga tak selesa.

 

Penulis… tolong lah beragak-agak..

 

Pertama kali saya log masuk laman ini, tolong hentikan tayangan.

 

Risau kalau anak-anak tengok, hentikan siaran drama ini.

 

Kenapa tayang drama seperti ini?

Dalam pada itu, “The Escape Of The Seven” berjaya meraih rating 6.1% sekaligus membuktikan bahawa ramai yang menantikan tayangan drama berkenaan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERSBS
Loading...