Ikuti Kami:

“Pukul Anak, Remaja Hamil Luar Nikah..” – Penonton Kritik Plot Keterlaluan ‘The Escape Of The Seven’

“Pukul Anak, Remaja Hamil Luar Nikah..” – Penonton Kritik Plot Keterlaluan ‘The Escape Of The Seven’

Baru sahaja ditayangkan namun “The Escape Of Seven” sudah pun menerima kritikan penonton K-Drama.

Menurut entri di laman komuniti Korea, drama tersebut menghadapi kritikan dari penonton Korea dek kandungan yang provokatif. Digarap penulis kontroversi yang sama menulis “The Penthouse”, rata-rata komen menyelar plot cerita yang melakukan kekerasan terhadap anak.

Memaparkan tema balas dendam, “The Escape of The Seven” berkisah tentang takdir tujuh individu yang berbelit dengan kes kehilangan seorang gadis. Mereka mencoba untuk menipu ketika ditanya, dan kebenaran yang mengerikan akhirnya terungkap.

the escape of the 7

Dalam episod awal ini, penonton dapat melihat bagaimana Hwang Jung-eum memperlecehkan anaknya sendiri Da-mi hanya kerana mahu mewarisi kekayaan anak itu yang didapati dari atuknya.

Komen penonton,

Kenapa papar adegan seorang ibu seksa anaknya?

 

Sejujurnya, drama Kim Soon-ok selalu mengandungi elemen berbahaya dengan banyak kes pembunuhan dan buli.

 

Dari ‘The Penthouse’ dan ‘The Escape Of The Seven’ ini sangat buruk pada kesihatan mental penonton.

 

Saya tak faham kenapa seorang anak diseksa seperti ini.

Dalam pada itu, drama ini turut dikecam kerana menampilkan jalan cerita di mana pelajar sekolah mengandung lantas menguatkan lagi kritikan ramai.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...