Utama K-Pop Sambut Ulang Tahun Ke-15, KARA Umum Comeback Dengan Album Baru

Sambut Ulang Tahun Ke-15, KARA Umum Comeback Dengan Album Baru

KARA comeback

Siap sedia semua, KARA akan kembali menemui peminat dengan lagu baru tak lama lagi!

Pada 19 September, agensi KARA iaitu RBW telah mengumumkan bahawa kumpulan itu akan mengeluarkan album baru, bagi memperingati ulang tahun debut ke-15 mereka pada November ini.

Apa yang lebih bermakna, bekas ahli KARA iaitu Nicole dan Ji-young yang meninggalkan kumpulan itu pada 2014, akan turut sertai kemunculan semula kali ini.

Untuk pengetahuan, ini adalah kemunculan semula pertama KARA dalam 7 tahun sejak keluaran album “In Love” pada Mei 2015.

KARA

Dalam pada itu, KARA juga merancang untuk berjumpa peminat menerusi pelbagai rancangan bagi mempromosikan album terbaru mereka nanti.

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut tentang comeback KARA!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERTV Report

Leave a Reply