Utama K-Pop Sambut Ulang Tahun ke-15, Girls’ Generation Bakal Buat Perjumpaan Bersama Peminat

Sambut Ulang Tahun ke-15, Girls’ Generation Bakal Buat Perjumpaan Bersama Peminat

gg

Walaupun kita baru sahaja mendapat khabar mengenai seorang ahli Girls’ Generation iaitu Seo-hyun yang disahkan positif COVID-19, namun ada lagi satu berita gembira yang pastinya mengubat hati peminat.

Girls’ Generation dikhabarkan bakal mengadakan satu perjumpaan bersama peminat untuk menyambut ulang tahun ke-15 mereka, “2022 Girls’s Generation Special Event: Long Lasting Love”. Ini sekaligus dilihat sebagai satu berita gembira buat peminat setelah mendapat informasi mengenai Seo-hyun baru-baru ini.

Acara perjumpaan bersama peminat ini akan berlangsung pada 3 September nanti yang bertempat di KSPO Dome, Seoul. Girls’ Generation merancang untuk mengadakan perjumpaan seperti ini agar mereka dapat meluangkan lebih banyak masa bersama peminat dan berkongsi mengenai persembahan, mengadakan permainan bersama dan macam-macam lagi. ggPenjualan tiket bagi “2022 Girls’ Generation Special Event: Long Lasting Love” ini akan mula dijual untuk ahli kelab peminat bermula 12 Ogos ini menerusi platform Yes24. Manakala, penjualan tiket untuk umum akan mula dijual pada 16 Ogos. Maklumat lebih lanjut untuk pembelian tiket itu boleh didapati di platform atas talian menerusi Beyond LIVE dan akan diberitahu dengan lebih lanjut kelak.

Ha, dah happy kan? Tunggu update seterusnya okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERTwitter
Loading...