Ikuti Kami:

Seohyun Sah Positif COVID-19, Girls’ Generation Tangguh Promosi Comeback ‘FOREVER 1’

Seohyun Sah Positif COVID-19, Girls’ Generation Tangguh Promosi Comeback ‘FOREVER 1’

Girls’ Generation baru sahaja mengubat hati peminat dengan mengumumkan comeback mereka, “Forever 1” baru-baru ini. Namun, kegembiraan itu kini agak berkurangan dek kerana seorang ahli mereka, Seo-hyun, baru sahaja disahkan positif COVID-19.

Khabar berita itu bukan sahaja menimbulkan rasa khuatir peminat terhadap kesihatan Seo-hyun, malah mereka turut bersedih kerana aktiviti promosi Girls’ Generation juga terpaksa dibatalkan sementara waktu demi memberi ruang untuk kesembuhan Seo-hyun. seohyunAgensi mereka, SM Entertainment berkongsi maklumat tersebut dan turut mengesahkan bahawa Girls’ Generation terpaksa menolak untuk membuat persembahan dalam mana-mana rancangan muzik yang bertujuan untuk mempromosikan comeback mereka.

Dek kerana itu juga, Seo-hyun meluahkan rasa bersalah dan menulis permohonan maaf di laman akaun Instagram Story miliknya. Seo-hyun berkata,

Kepada SONE, yang telah sabar menunggu promosi kami lebih daripada orang lain. Dan kepada unnie saya. Saya minta maaf. Saya fikir saya tidak sakit kerana saya sebenarnya sihat. Saya akhirnya membuat ujian dan mendapati saya positif COVID-19. Saya sangat kecewa dan minta maaf. Saya akan pulih dengan cepat dan bertemu semula dengan anda untuk rancangan muzik minggu depan!!!

girls generationTak apalah, nak buat macam mana kan…SONE jangan kecewa sangat okey!

Semoga Seo-hyun cepat sembuh!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...