Ada berita gembira buat peminat kumpulan TEEN TOP!
Terbaru pada 3 Mei, agensi T.O.P Media telah mengumumkan bahawa TEEN TOP telah mula membuat persiapan untuk keluaran album baru mereka dan akan membuat kemunculan semula pada Julai ini.
Untuk pengetahuan, ini adalah comeback TEEN TOP selepas tiga tahun pelancaran album “To You 2020” yang dikeluarkan pada 2020.
Berkat kasih sayang dan sokongan yang tidak berbelah bagi dari peminat, ahli mempunyai keazaman untuk meraikan ulang tahun debut ke-13 mereka bersama-sama.
Sementara itu, album terbaru ini juga akan menyertakan versi rakaman semula satu lagu TEEN TOP yang peminat paling ingin dengar semula. Pemilihan lagu tersebut akan dibuat melalui undian rasmi yang akan dibuka pada 8 Mei melalui saluran media sosial rasmi kumpulan itu.
Nantikan pelbagai aktiviti promosi TEEN TOP tak lama lagi!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉