Ikuti Kami:

Comeback Selepas 4 Tahun, IU Ulas Drama ‘You Have Done Well’ Dengan Park Bogum

Comeback Selepas 4 Tahun, IU Ulas Drama ‘You Have Done Well’ Dengan Park Bogum

Selepas “Hotel Del Luna”, pasti ramai yang menantikan drama baru dari IU, kan?

Sebelum ini, IU dan Park Bo-gum telah disahkan akan terajui drama “You Have Done Well”, menceritakan kisah hidup Ae-soon dan Gwan-shik yang dilahirkan di Pulau Jeju pada tahun 1950-an.

Terbaru, IU telah terlibat dengan sesi temu bual bersama majalah Vogue Korea, di mana penyanyi itu bercakap tentang kemunculan semulanya sebagai pelakon drama selepas 4 tahun, menerusi “You Have Done Well”. Pertama sekali, IU menyatakan sebab mengapa dia memilih untuk membintangi drama berkenaan,

Saya sangat seronok menonton karya penulis Im Sang-choon sebelum ini. Karya ini mempunyai cerita baru dan unik. Temanya bagus, tetapi saya sangat menyukai fakta bahawa ia menyampaikan cerita yang berat tanpa begitu berat.

Kongsinya lagi sambil menjelaskan mengenai wataknya sebagai Ae-soon dalam drama itu,

Ae-soon kelihatan seperti seseorang yang awak boleh lihat dengan mudah di sekeliling awak, tetapi jika perhatikan dengan teliti, dia seorang yang mempunyai keperibadian manusia yang terserlah. Saya rasa saya tertarik dengan orang yang mempunyai ciri itu.

park bogum iu

Untuk pengetahuan, dalam drama ini, IU akan memegang watak Ae-soon, seorang yang suka memberontak tetapi akan gementar setiap kali dia melakukannya. Dia juga bermimpi untuk menjadi seorang penyair walaupun dia tidak dapat pergi ke sekolah dan dia adalah watak berani yang tidak sembunyikan sebarang emosi.

Manakala Park Bo-gum pula akan menghidupkan watak Gwan-shik, seorang yang sangat rajin dan pendiam. Meskipun tidak tahu bagaimana untuk bertindak sekiranya Ae-soon menangis atau ketawa, dia seorang yang sentiasa menyayanginya dari awal lagi dan mencurahkan segalanya untuk mencintainya.

Sama-sama kita nantikan tayangan drama “You Have Done Well”!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...