APINK akan melakukan kemunculan semula mereka tak lama lagi!
Pada 19 Mac, media telah melaporkan bahawa APINK akan membuat kemunculan semula mereka pada 19 April ini.
Di mana, 19 April merupakan ulang tahun debut ke-13 kumpulan tersebut, dan lagu baru itu dilaporkan akan dikeluarkan bagi meraikan kejayaan ini.
Dalam kenyataan rasmi mereka, agensi APINK berkata,
Memang benar bahawa APINK sedang bersedia untuk membuat kemunculan semula dengan kesemua ahli. Kami juga merancang untuk mengeluarkan lagu tersebut pada tahun ini dan kesemua ahli APINK sedang melakukan persiapan yang sepatutnya.
Jika kemunculan semula mereka pada April ini disahkan, ini akan menjadi lagu pertama yang dikeluarkan oleh APINK dalam tempoh 4 bulan selepas single mereka, “PINK CHRISTMAS”.
Rasa macam tak percaya yang dah 13 tahun APINK debut kan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.