Korang tahu tak majlis sempena ulang tahun debut ke-10 Kim Go-eun yang berlangsung baru-baru ini?
Meriah sekali majlis , “Kim Go Eun: ComeInCloser” yang diadakan sempena meraikan ulang tahun ke-10 Kim Go-eun dalam industri. Majlis yang dihadiri lebih daripada ribuan peminat itu nyata menunjukkan bahawa peminat amat menyayangi Kim Go-eun sehingga kini.
Namun, paling mencuri perhatian adalah Kim Go-eun sendiri mengadakan persembahan nyanyian dan juga tarian. Memang serba boleh! Kim Go-eun sempat menyanyikan lagu berjudul “I’m Not The Only One”.
https://twitter.com/kdramatreats/status/1581185682076504071
Bukan itu sahaja, kecantikan serta kecomelan Kim Go-eun sendiri terserlah apabila dia turut menari dengan lagu NewJeans, “Hype Boy”. Malah, ada dalam kalangan peminat yang turut berkata,
Idola K-Pop patut bersyukur Kim Go-eun memilih untuk berlakon…
https://twitter.com/kdramasdiary/status/1581225844520808448
Bukan itu sahaja, ada beberapa rakan artis juga yang hadir memeriahkan lagi majlis tersebut, antaranya ialah gandingan ‘bekas teman lelaki’ Jin-young GOT7 dan juga Ahn Bo-hyun.
https://twitter.com/youngandlynn/status/1581176200650948608
Turut mencuri perhatian adalah apabila Park Ji-hu yang merupakan gandingan Kim Go-eun dalam drama hit terbaru, “Little Women”, hadir di majlis tersebut. Dalam diam, Park Ji-hu sendiri merupakan peminatnya dan menulis beberapa keping kad ucapan buat Kim Go-eun.
https://twitter.com/sheitgurl/status/1581189458975592448
Sebelum mengakhiri majlis tersebut, Kim Go-eun juga dipertontonkan dengan beberapa video klip dari rakan artis yang tidak dapat hadir, namun masih menitipkan ucapan dan sokongan buatnya. Antaranya adalah, Gong Yoo, Lee Min-ho, Jung Hae-in, Rosé BLACKPINK dan ramai lagi.
https://twitter.com/kween_ggone/status/1581159542238613504
https://twitter.com/kimgoeunfiles/status/1581234178582261761
Cantiknya Kim Go-eun!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.