Ikuti Kami:

“Dia Seorang Yang Tak Guna Otak” – Kim Goeun Ulas Watak Dalam ‘Little Women’

“Dia Seorang Yang Tak Guna Otak” – Kim Goeun Ulas Watak Dalam ‘Little Women’

Kim Go-eun kini tampil dalam muka hadapan majalah Marie Claire Korea!

Tak pelik lah bila Kim Go-eun menghiasi muka hadapan majalah Marie Claire Korea, dek kerana dia juga merupakan duta bagi jenama mewah Chanel. Dalam pada itu, dia turut menjalani satu sesi temu ramah dan berbual mengenai wataknya dalam drama “Little Women”.

Saya merupakan peminat besar bagi penulis Jung Seo-kyung dan pengarah Kim Hee-won. Sebab itu tiada langsung sebab untuk saya menolak tawaran drama “Little Women”. Ianya sangat menarik. 

kim go eunBerkongsi lanjut mengenai bagaimana dia terlibat sebagai teraju utama “Little Women”, Kim Go-eun juga sempat berkongsi mengenai watak Oh In-joo yang dibawanya.

Kalau ada yang mengikuti perkembangan drama itu, boleh dikatakan Oh In-joo adalah watak yang tidak menggunakan otaknya dalam apa jua situasi, dia hanya mengikut gerak-geri badan sendiri. Tetapi, walaupun dia kelihatan seperti tiada hala tuju, dia sebenarnya bergerak lebih hebat berbanding yang lain. 

Penonton “Little Women” juga kini sudah mulai memuji setiap perkembangan jalan cerita, watak dan juga keserasian Kim Go-eun bersama gandingannya, Nam Ji-hyun dan Park Ji-hu. park jihuDia juga sempat memuji gandingannya,

Ji-hu sebenarnya seorang yang sangat berani. Selalunya kita akan cepat goyah kalau berhadapan dengan situasi cemas namun Ji-hu bertindak sebaliknya. Dia hanya akan, “Ah, saya tak tahu lah. Buat saja apa pun.” 

Dia menambah,

Ji-hyun pula sama seperti satu bot yang besar. Ia tampak akan sentiasa berlayar dengan tenang, namun di dalam bot itu ada seorang pengemudi yang kuat. Sebab itu saya boleh berlakon dengan mereka atas dasar kepercayaan. 

nam jihyunKim Go-eun menambah lagi,

Saya rasa menjadi seorang pelakon adalah satu karier yang mana kita akan sentiasa ragu-ragu dengan diri sendiri. Kita kena sentiasa berjaga-jaga dengan setiap perkara yang kita percaya dan anggap perkara itu mungkin akan jadi merbahaya. 

Wah! Hebat lah Kim Go-eun!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...