Ikuti Kami:

“Mereka Semua Licik” – Kim Goeun, Nam Jihyun & Park Jihoo Kongsi Personaliti Watak Dalam ‘Little Women’

“Mereka Semua Licik” – Kim Goeun, Nam Jihyun & Park Jihoo Kongsi Personaliti Watak Dalam ‘Little Women’

Tiga orang pelakon ini bukan sahaja hebat bergandingan dalam drama, namun turut hebat  bergandingan bersama dalam Hin Fashion Magazine untuk sesi bergambar baru-baru ini.

Kim Go-eun, Nam Ji-hyun dan Park Ji-hoo berjaya mempamerkan aura yang unik dan berlainan dengan watak yang mereka bawa dalam “Little Women”. Selesai sahaja sesi penggambaran, mereka turut ditemu ramah mengenai drama terbaru mereka. kim go eun
Apabila ditanya mengenai pengalaman mereka sewaktu sesi penggambaran “Little Women”, Kim Go-eun yang memegang watak Oh In-joo berkata,

Walaupun saya tak bercakap mengenai soal ini, tapi saya rasa semua orang dalam keadaan yang baik dan mood yang okay. Jadi, saya rasa saya pun perlu kekal bersemangat dan ceria. Saya juga boleh mendalami skrip yang ditulis oleh Jeong Seo-kyung dengan baik kerana semuanya terperinci.

nam jihyunManakala bagi Nam Ji-hyun pula yang memegang watak Oh In-kyung berkata,

Pengarah Kim Hee-won mempunyai matlamat yang jelas. Ada beberapa perkara yang saya risaukan sendiri namun akan terus berasa nyaman apabila masuk ke set kerana semuanya jelas. Dia seperti pengemudi kapal yang boleh dipercayai.

park jihooLalu, Park Ji-hoo yang memegang watak Oh In-hye pula berkata,

Apabila lakonan saya tidak menjadi atau nampak kekok, saya akan dibantu oleh senior yang tidak membuatkan saya rasa bersalah atau kerdil. Mereka membantu saya dengan baik dan setiap hari saya belajar banyak perkara daripada orang yang baik. 

Melihat kepada watak yang mereka bawa sebagai adik-beradik, mereka berpendapat bahawa kesemua watak itu sememangnya ‘penjahat’. Mereka semua sangat licik dalam cara yang berlainan, oleh itu drama ini turut menerima jangkaan yang agak tinggi daripada kalangan peminat.

Korang rasa dorang okay tak jadi adik-beradik?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...