Ikuti Kami:

Sambut Ulang Tahun Ke-10, BTS Bakal Lancar Lagu Baru ‘Take Two’ Buat Peminat

Sambut Ulang Tahun Ke-10, BTS Bakal Lancar Lagu Baru ‘Take Two’ Buat Peminat

Pejam celik pejam celik, sudah 10 tahun BTS berada dalam industri hiburan sejak debut.

Terbaru pada 31 Mei, agensi mengumumkan bahawa BTS akan mengeluarkan single digital baru berjudul “Take Two”, bagi meraikan ulang tahun ke-10 mereka pada bulan Jun nanti.

Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan BIGHIT MUSIC,

Hello. Ini adalah BIGHIT MUSIC.

Untuk meraikan ulang tahun ke-10 mereka, BTS akan mengeluarkan single digital ‘Take Two’ pada bulan Jun akan datang.

Kesemua tujuh ahli mengambil bahagian dalam ‘Take Two’. Lagu ini menyampaikan penghargaan mereka kepada ARMY atas semua kasih sayang yang anda berikan kepada mereka dan keinginan mereka untuk sentiasa bersama anda.

Sambung mereka,

Kami dengan tulus ikhlas merakamkan terima kasih kepada ARMY kerana menjadikan ulang tahun ke-10, dengan kasih sayang anda yang tidak berkesudahan untuk BTS. Kami berharap ‘Take Two’ akan akan menjadi ‘hadiah’ berharga daripada BTS kepada awak semua.

Kami meminta kasih sayang dan sokongan anda untuk ‘Take Two’

Tarikh keluaran: Jumaat, 9 Jun 2023, jam 12 tengahari.

Terima kasih.

Sama-sama kita nantikan keluaran lagu baru dari BTS pada 9 Jun ini!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...