Betul la orang cakap, dalam dunia ini ada 7 orang yang mempunyai wajah yang mirip dengan kita!

Sebelum ini, pelakon Shim Hyung-tak telah mengumumkan mengenai perkahwinannya dengan seorang wanita Jepun bernama Hirai Saya, yang berusia 18 tahun lebih muda daripadanya.
Apa yang menarik perhatian, ramai bersetuju bahawa wajah wanita itu memang sangat mirip dengan Jung-kook BTS.
Khususnya, raut wajahnya sangat mirip dengan idola lelaki itu, termasuklah matanya yang besar dan gigi arnab. Tidak lama kemudian, persamaan wajah mereka telah menjadi perbualan hangat di media sosial dan ada juga yang bergurau menyatakan bahawa isteri Shim Hyung-tak sebenarnya adalah Jung-kook dengan rambut palsu.
This is #HiraiSaya, Shim Hyung Tak’s fiancée, she’s very pretty and looks exactly like #Jungkook when he was 14-15 years old. pic.twitter.com/JFdKXFqn66
— Phan Kim Thanh ⁷ ( ´・ω・) ~ Ꮚ ( •᷄ɞ•᷅ ) (@Alzheimer_13) April 17, 2023
Terbaru, Jung-kook telah melakukan siaran langsung menerusi laman Weverse dan dia ada membaca komen peminat yang menyatakan bahawa wajahnya seiras dengan isteri Shim Hyung-tak. Respon ahli BTS itu sambil ketawa,
Oh saya lihat isteri Shim Hyung-tak. Kami memang mirip.
Memang macam kembar!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉